Askar mati, komunis pun mati juga - Chin Peng
[...] Dalam satu temuramah dengan wartawan The Star, Eddie Chua di Bangkok baru-baru ini, Chin Peng berkata walaupun PKM berpegang kepada falsafah tidak membunuh orang awam tetapi beliau mengakui adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kesilapan mungkin berlaku di sepanjang era darurat tersebut.
“Dalam kes-kes tertentu kami mungkin telah melakukan kesilapan...tetapi itu semasa era perang. Dalam perang, susah hendak kita bezakan siapa yang bersalah dan tidak bersalah tapi jika ada di antara kami yang dengan tidak sengaja telah menyebabkan kematian orang awam, dengan itu saya ingin memohon maaf...dan saya juga minta maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terpaksa menanggung penderitaan ini,” katanya.
Kata Chin Peng, beliau mengambil pertanggungjawaban penuh ke atas apa yang telah dilakukan oleh komrad beliau di sepanjang era darurat itu.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment