Rakan WARTAMAYA

Sunday, November 22, 2009

Apa kata pembelit ?


Kementerian pertahan guru
SHAH ALAM 21 Nov. – Kementerian Pelajaran akan mempertahankan warga kementerian yang dinamakan sebagai antara defendan dalam saman difailkan bapa kepada tiga pelajar yang mati lemas dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak pada hujung bulan lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sewaktu program perkhemahan itu dijalankan, ia adalah mengikut peraturan dan ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan kementerian.

“Cuma berkenaan dengan jambatan runtuh itu, kita serahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan dan seterusnya ambil tindakan sebab jambatan itu bukan dibina oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan ke-55 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.- + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Yong November 22, 2009 at 7:13 AM  

Betoi tu. Yang bina kontraktor. Bukan Jabatan Pelajaran Negeri. Takkan jabatan tahu bina jambatan. Kalau jabatan tahu bina jambatan, semua kontraktor tak boleh cari makan. Jabatan takde jurutera, pelukis pelan dsb. Jabatan cuma tahu luluskan saje. Kalau mata TERtutup pun deme pandai luluskan. Lebih2 lagi bila orang lain yang keluar duit!!!

Anonymous,  November 22, 2009 at 9:00 PM  

Saman juga menteri pelajaran dan PM 1 Malaysia kerana program 1 Malaysia.

Blog list