Rakan WARTAMAYA

Friday, October 2, 2009

Lokasi IP 120.141.120.96 yang mengugut Teresa.


[...] Menurutnya, ugutan tersebut dimuatkan pada jam 10.37 pagi semalam di bawah nama 'Hanturaya'. Meseg itu berbunyi: "Teresa, kau ni patut diajar dengan darah. Terima kasih".

Komen itu, tambahnya, dimuatkan di bawah laporan "A Second DAP members' branch", yang merujuk kepada penubuhan cawangan DAP sewaktu sambutan Hari Raya baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan bahawa komen itu dimuatkan melalui alamat IP 120.141.120.96," kata Teresa yang juga exco kerajaan Selangor dan ADUN Kinrara.

Katanya, beliau perlu membuat laporan polis itu "untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa juga bentuk ancaman".- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list