Rakan WARTAMAYA

Friday, October 2, 2009

Lagi sejadah berdiri


PERMATANG PAUH: Sepasang suami isteri gempar apabila sejadah hanaran perkahwinan yang digunakan sejak tiga tahun lalu berdiri secara sendiri di bilik rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin di sini malam semalam.

Mohamad Shuhaimi Md Ilias, 26, berkata kejadian aneh itu disedari isterinya yang masuk ke bilik itu untuk mengambil kain baju kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu dia bersama isterinya berselisih pendapat mengenai arah kiblat di rumah sewa yang didiami sejak Ogos tahun lalu.

"Saya kemudian membentangkan sejadah itu mengikut arah kiblat dan membiarkannya tanpa diusik kira-kira jam 8 malam sebelum keluar dari bilik itu untuk memandikan anak perempuan berumur dua tahun," katanya ketika ditemui kira-kira jam 12 malam semalam. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list