Ibrahim hanya pengemis politik
KOTA BARU, Okt 1 – Setelah dilucutkan keanggotaannya dari Umno, dunia politik Datuk Ibrahim Ali sekaligus dilihat sudahpun menjunam di lembah kehancuran. Tambahan ketika itu, suaranya juga sudahpun tidak diaminkan orang.
Namun demi mempertahankan karier politiknya agar tidak terkubur bersama keaiban beliau tanpa segan silu membuat permohonan kepada PAS untuk bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am pun memberi keizinan kepada Ibrahim. Malangnya selepas menggapai kejayaan, beliau tidak menghargainya lagi.
Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan Ibrahim memohon untuk bertanding atas tiket PAS dari PAS Kelantan.
Beliau menyifatkan Ibrahim tidak ubah seperti pengemis politik yang tidak mengenang budi setelah menang dalam PRU 2008 atas tiket PAS apabila sanggup menghentam PAS dan memuji Umno. - + selanjutnya

2 comments:
Salam Wak.
Rasanya lebih tepat dengan gelaran "Penyangak Politik"
Salam Tuan Mountdweller,
Teramat lah setujunya saya.
Wakakakak !!!
Post a Comment