Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 19, 2009

Undi pos nafi hak demokratik tentera

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Dolak-dalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertahankan kaedah undi pos yang begitu dipertikaikan jelas membuktikan bahawa kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional tidak menghormati hak demokratik rakyat negara ini khususnya mereka yang menjadi pengundi pos, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Di satu sisi, (Timbalan Menteri Pertahanan Datuk) Dr Abdul Latiff (Ahmad) berkata parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi.

"Di sisi yang lain pula, SPR tidak jemu-jemu berdolak-dalik mempertahankan kaedah undi pos yang dipertikaikan.

"Kesemua itu hakikatnya memperlekeh-lekeh dan menafikan hak demokratik para pengundi pos terutama angkatan tentera," kata beliau.- + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list