Tiada pertemuan PM, Sultan Selangor - Setiausaha Sulit
SHAH ALAM 8 Sept. - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan tidak ada sebarang pertemuan antara Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Sambil menyifatkannya sebagai khabar angin, beliau menegaskan tiada perbincangan dilakukan melibatkan dua individu terbabit termasuk spekulasi mengenai perubahan jawatan Menteri Besar Selangor.
"Tidak ada sebarang perbincangan antara Tuanku dengan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Ia hanya spekulasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas spekulasi yang disiarkan menerusi laman blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com mengenai pertemuan Najib dengan Sultan Sharafuddin yang didakwa diadakan pagi ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment