Rakan WARTAMAYA

Sunday, September 6, 2009

Tahniah kepada YB Pakatan Rakyat Selangor


Email dari : hamzah76@xxx.xx

Salam,

Terus terang saya kata kan bahawa saya tidak berminat denan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor pada peringkat awal. Selepas bermulanya isu kepala lembu, saya rasa belas melihat bagaimana Menteri Besar dan Exconya cuba untuk menyelesaikan perkara tersebut. Mungkin mereka baru dan kerjasama dengan rakyat perlu diperolehi.

Namun semalam apabila melihat video sessi Majlis berdailog dengan penduduk Seksyen 23, saya merasakan ada pihak yang mahu menggagalkan majlis tersebut. Hanya sekelompok kecil yang membantah dan lebih ramai yang memerhati. Kalau di luar SUK pada minggu lepas terdapat mereka yang berkopiah. Mungkin pulang dari Solat Jumaat, tapi perjumpaan kedua kali ini, tidak kelihatan langsung. Yang menonjol nampaknya mereka mereka yang bertocang rambut dan bersongkok tinggi. Siapakah mereka itu?

Timbul pula rasa belas dan ehsan, betapa sabar nya pemimpin pemimpin PR yang bertemu dengan mereka yang tidak tahu hadir ke majlis selain hanya tahu menjerit jerit dari awal sehigga akhir. Lihat gambar yang saya kepilkan bersama.

Alhamdulillah, Menteri Besar Selangor telah membatalkan perjumpaan itu kerana kalau ikut pada keadaan, saya pun tidak rasa ianya akan selesai melainkan ada unsur unsur provokasi yang timbul. Jika nasib tidak baik, mungkin ada yang cedera.

Saya ucapkan terima kaseh kepada TV3, Astro, serta media arus perdana yang lain, yang turut menyiarkan klip insiden tersebut untuk tatapan rakyat Malaysia. Mungkin niat nya mahu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menyelesaikan masalah, tapi sebaliknya kita dapat lihat sikap manusia rambut bertocang dan bersongkok tinggi beraksi.

Insyaallah, dengan insiden tersebut, maka saya rasakan, sokongan kepada PR bertambah. Tahniah dan syabas kepada YB pakatan rakyat di Selangor. Silap benar kalau pendekatan merusuh, provokasi dan merosakkan majlis digunakan untuk menawan hati rakyat. Bukankah Melayu itu berbudaya?

Salam hormat
Hamzah Buang
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  September 6, 2009 at 1:18 PM  

UMNO dalang 1 Malaysia, rakyat dibelakangkan, pemimpin diutamakan.... tolak BN

mangchikla September 6, 2009 at 2:33 PM  

Dan ramadhan mengajar umat nyer berdisiplin... Ghuper ade jugak yg tak reti reti.. inna lillahi wa inna ilaihi raji'unnn

Blog list