Rakan WARTAMAYA

Saturday, September 19, 2009

Selcat cemar imej pegawai daerah

SHAH ALAM 18 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dikritik kerana pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin (gambar) menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu yang berlangsung selama empat jam dan disambung lagi pada keesokkan harinya.

Katanya, siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah. - + selanjutnya

Share/Bookmark

0 comments:

Blog list