Rakan WARTAMAYA

Friday, September 4, 2009

Sekat pilihanraya kecil tindakan luar biasa- Peguam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.

Peguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar.

"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar. - + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list