Polis disyor rakam situasi demonstrasi sebelum tahan
PETALING JAYA 6 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengesyorkan polis supaya menggunakan kaedah merakam situasi sesuatu perhimpunan, demonstrasi atau tunjuk perasaan sebagai bukti sebelum bertindak menahan mana-mana individu yang terbabit.
Beliau berkata, cadangan ini bagi mengelak tanggapan orang ramai mengenai sikap polis yang dilihat sebagai tidak adil dan berat sebelah serta mengambil tindakan menahan pihak tertentu sahaja.
“Polis mestilah konsisten dan adil kepada semua. Tidak sepatutnya memberi gambaran bahawa polis mengambil tindakan terhadap satu pihak dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak yang lain.
“Kita mesti ada satu kaedah dan garis panduan yang dinampak oleh rakyat dan orang ramai sebagai adil dan konsisten,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti Gerakan Selangor di sini hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment