Pertemuan dengan Sultan tak sentuh pengganti MB
SHAH ALAM: Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan beliau menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, kelmarin, bagi membincangkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas negeri itu sebaliknya berkata, pertemuan hampir tiga jam itu bagi membincangkan pembangunan Islam dan hal ehwal berkaitan umat Islam.
Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, pertemuan dengan Sultan Sharafuddin selaku Ketua Agama Islam negeri itu juga bagi mendapatkan pandangan baginda mengenai perkara tertentu membabitkan Islam dan umatnya. - + selanjutnya
1 comments:
kerja UMNO nak laga pakatan rakyat.. harap pilihanraya kalah, main guna taktik jahat, macam demo lembu..
Post a Comment