Perlukah guna istilah 'P***mak* untuk jadi Pahlawan?
Email dari: Cybersurfer**@***.com
Salam,
Saya adalah pengguna internet yang agak kecewa dengan perkembangan politik tanah air sejak akhir akhir ini. Namun saya tiada pilihan lain memandangkan kemudahan internet sekarang ini sudah semakin berleluasa dan ianya harus diguna sebaik mungkin. Apa yang saya rasakan sekarang adalah, membaca berita politik tanah air adalah sama rasa nya seperti melayar laman web porno. Perlu berhati hati.
Sejak akhir akhir ini muncul nya istilah ‘P***mak* yang semakin sering digunakan di dalam pergolakan politik. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin hanya ada usaha sekadar manafikan keahlian parti tapi tiada tindakan yang dikenakan kepada individu tersebut.
Saya amat serba salah untuk mendapatkan informasi berita tentang politik Negara apabila saya rasakan bahawa untuk membacanya sahaja perlu berhati hati dan memastikan anak anak tiada bersama ketika layaran dibuat.
Pernah sekali, anak saya bertanya sambil merujuk kepada imej sepanduk yang dipegang oleh satu kumpulan yang tertulis ‘P***mak’. Saya tiada alasan lain selain dari memberitahu tentang maksud istilah tersebut. Maka terkebil kebil mata anak saya menerima jawapan dan saya sendiri berasa serba salah selepas itu.
Permulaan penggunaan bahasa porno telah dibuat ketika satu kumpulan yang saya tidak mahu menyebut nama kumpulan mereka bermonstrasi di Perak baru baru ini. Dimana berita di MStar sendiri memaparkan photo sepanduk yang tertuis “P***mak*yang diusung oleh ahli ahli mereka dengan bangganya. Ianya tidak boleh dinafikan kerana berita itu tersiar di dalam laman web berita aliran perdana sendiri.
Saya berharap tindakan itu adalah tindakan yang terakhir, tetapi malangnya, seorang dari mereka yang terbabit dalam Dailog Tentang Kuil di Selangor baru baru ini turut menyebut perkataan yang sama.
Persoalan yang timbul adalah, perlukah saya menggunakan “P***mak* hanya untuk dikenali sebagai pejuang bangsa Melayu? Kalau itulah hakikatnya, maka selepas ini tidak hairan sekiranya semakin ramai yang akan turut menggunakan kaedah carut ini di khalayak ramai.
Tertanya juga saya, apakah Hang Tuah dulu turut menyebut ‘P***mak* untuk dilabel sebagai Pahlawan Melayu atau hanya Hero moden sekarang saja yang lebih sudu dari kuah?
Saya menyarankan kepada Wanita dan Puteri UMNO atau mana mana parti politik juga untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Terbayang betapa susahnya nanti untuk mengambil tindakan terhadap orang lain yang melakukan kesalahan akibat kita sendiri melakukan perkara yang sama terlebih dahulu dan tiada tindakan dibuat.
Melayukecewa
Petaling Jaya
5 comments:
Salam,
cadangan saya supaya perkara ini di tangani oleh muslimat PAS dan Wanita Keadilan, bahaskan isu ini habis-habisan supaya masyarakat Melayu Islam khususnya dan wanita amnya serta seluruh masyarakat mengenali siapa pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara.Bahang perbahasan akan dinikmati oleh orang awam dan akan menyerlah PR dalam bentuk Saksiah yang mulia.Panggil Wanita UMNO dan kuncu2nya dalam membahaskan isu ini.
Sekadar pandangan,kepimpinan Wanita PR lebih mengetahui.
Maaf zahir batin,selamat berpuasa.
tukar ke 'tiuna ....'
kalau pakatan dah kena akta hasutan... tapi UMNO paham-paham la...semua halal, tumbangkan UBN PRU13
Berginilah contoh rakyat malaysia yang terlampau pandai dan cerdik yang susah nak diajar akibat kehendak emosi walaupun setiap perkataan itu tidak patut di keluarkan padahal yang mengeluarkan kata-kata itu bukan budak-budak tapi dah berumur dan memalukan.
Melayu Umno anggap diri mereka bangsa yg mulia dn hebat dr bangsa lain di negara ini.sb itu mereka hina/nafi hak bangsa lain.Melayu yg tidak menyokong UmNO pada mereka adalah Melayu pengkhianat,perosak negara.
BANGSAT PUNYA UMNO!!!
Post a Comment