Pemberi Dan Penerima Rasuah Sama-Sama ...
[...] Perlu diingat dan difahami serta merasa bimbang bahawa sesuatu sumber yang haram itu tidak terlepas dari berkembang, membiak, bercambah, bercabang, beranak yang mana kedudukannya adalah haram sama seperti sumber haram. Kalau dari sumber rasuah yang hukumnya haram itu di jadikan modal perniagaan umpamanya atau apa saja kegunaan maka apa saja yang datangnya dari sumber tersebut maka semuanya haram – makan minum, pakaian, kenderaan, rumah, nafkah anak isteri. harta benda, tanah dll. Adakalanya tanpa disedari dan mungkin juga kerana jahil atau nafsu yang rakus, maka ramai yang terjebak kepada keadaan seumpama ini. Apabila menjadi harta warisan maka bersambung lagi "Jariah Haram" sebagai harta peninggalan. Orang yang mewariskan harta haram itu akan tanggung dosanya berpanjangan dikubur dan diakhirat kelak. Anak-anak turut mengecapi perkara haram ini dan tidak mustahil mereka juga turut terlibat dalam mengembangkan "Jariah Haram" warisan bapanya hingga entah berapa generasi terkemudian. Kita mungkin sudah lupa namun Tuhan tidak lupa, Maha Suci Allah dari sifat lupa.
Rasuah hukumnya haram. Hukum haramnya rasuah itu sama saja dengan parkara-perkara haram yang lain. Ianya berlaku pesat, menjalar bebas dan berleluasa dalam masyarakat. Semakin besar pangkat, semakin tinggi status sosial, semakin berkuasa, semakin cerdik, pintar dan licik seseorang itu maka semakin besar dan banyaklah nilai rasuahnya samada yang memberi atau yang menerima. Sama saja situasinya dengan perkara haram yang lain itu seperti judi, arak, riba, mencuri, zina, dadah, rata-rata masyarakat umum tahu hukumnya haram. Undang-undang dunia atau sivil juga menetapkan ianya adalah salah. Malah sudah ramai yang disabitkan bersalah dan sudah menjalani hukuman. Namun persoalannya apakah haram disisi Allah dan salah disisi Undang-undang itu tidak langsung menyekat atau menegah berleluasanya perkara haram itu termasuh rasuah. Ini satu persoalan yang seharusnya difikirkan. Ini memberi isyarat bahawa kalau sekadar tahu kedudukan haram, bukan satu jaminan manusia tidak melakukannya. Cuba lihat contoh lain, siapa dikalangan umat Islam yang tidak tahu bahawa meninggalkan sembahyang itu adalah dosa yang amat besar. Semua tahu hukumnya wajib dan mesti ditunaikan. Tetapi mengapa masih terlalu ramai umat Islam yang tidak bersembahyang? - + selanjutnya
Berkaitan
Mahaguru58 : BN's last term as the Federal ....

0 comments:
Post a Comment