Peguam Negara perlu jaga keselamatan rakyat - MB Selangor
[...] Malangnya, kata beliau, keputusan ini ini telah ditentang oleh Peguam Negara Malaysia yang telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Ogos 2009 untuk membatalkan pekeliling tersebut.
"Saya sebagai Menteri Besar dan bagi pihak Kerajaan Negeri telah pun menjawab afidavit Peguam Negara dan antara lain telah menyenaraikan kes-kes penyiasatan dan soal-siasat yang telah dilakukan oleh SPRM di semua peringkat.
"Ia bermula dengan saya, sebagai (i) Menteri Besar, (ii) Pegawai Kewangan Selangor (iii) pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar (iv) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) dan (v) pembantu mereka, (vi) Ahli Dewan Negeri Selangor, (vii) kakitangan awam di Pejabat Tanah dan Daerah dan Majlis Perbandaran di negeri Selangor dan juga (viii) kakitangan Syarikat-syarikat Negeri dan anak-anak syarikatnya," katanya.
Siasatan yang dijalankan, katanya, akan dibuat secara mengejut tanpa mengira masa, sehingga ada yang melewati tengah malam dan keesokan harinya.
"Malah, saya juga telah memperincikan bagaimana siasatan SPRM telah dilakukan secara rambang sehingga kerapkali berlaku pemancingan bukti semata-mata," katanya. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment