Najib tanam tebu dibibir mulut
[...] Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, kata-kata Najib ini tidak lebih sekadar menanam tebu di bibir mulut. Bunyinya baik, ideanya bagus, tapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sudah tidak dipercayai lagi.
Walaupun mengakui yang rundingan adalah sesuatu yang baik, namun rundingan itu juga jelas Nasrudin mestilah untuk tujuan yang baik.
Kebetulan atau tidak, tambah Nasrudin, akuan Najib tentang kesanggupan Umno untuk berunding dengan PAS itu muncul selepas sah satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan di Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Ia nyata satu umpan politik dari Najib bagi menggambarkan yang Umno suka berbuat baik dan perdamaian, semua cakap-cakap ini akan kabur dan hilang sebaik sahaja tamatnya pilihanraya, apalagi jika kemenangan memihak kepada BN, ulas Nasrudin panjang-lebar.
Nasrudin dalam kenyataannya yakin bahawa Umno dan BN hari ini berada dalam keadaan yang sangat terdesak, maka sebab itu lagu “rundingan” ini dinyanyikan kembali.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment