Najib gesa umat Islam jalin hubungan baik dengan kaum lain
KUALA LUMPUR 6 Sept. — Sempena Nuzul al-Quran esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa umat Islam agar terus hidup dalam suasana aman dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat daripada kaum serta agama lain.
“Wahyu dalam al-Quran bukan sahaja bertujuan mendidik umat manusia supaya menunaikan ibadah khusus seperti solat dan puasa tetapi paling utama adalah untuk berbuat baik sesama insan, mengutamakan semangat kesetiakawanan dan memupuk semangat silaturrahim,” kata Najib.
“Justeru, dalam konteks Malaysia yang dihuni berbilang kaum yang menganut pelbagai agama, saya percaya majoriti penduduknya menghargai perpaduan, keamanan serta keharmonian dan secara terbuka menerima keunikan setiap masyarakat,” kata Najib dalam blognya, www.1malaysia.com.my hari ini. - Bernama
1 comments:
Dia ni cakap puhhhh siapa pun tak boleh lawan... tapi apa dia bikin????. Lain yang dicakap lain yang dia bikin... poorahlah Umno..
Post a Comment