Membantah tak salah, tapi guna akal
Anon, September 10, 2009 5:34 AM
Untuk kebenaran atau politik? Kerana kita matang memikirkan satu satu isu menyebabkan ada pihak yang takut. Takut kita tidak lagi boleh dicucuk hidung.
Hari ni sibuk lah bercerita tentang 5 dari 12 orang yang dibawa ke mahkamah kerana membantah pembinaan kuil adalah terdiri dari ahli PR.
MEMBANTAH PEMBINAAN KUIL, bukan lah isunya disini, tetapi KAEDAH MEMBANTAH yang tidak kena pada cara menyebabkankita meluat dengan bangsa dan seagama kita sendiri. Orang kata kita memihak kepada bangsa lain. Ahhh .. aku peduli apa? Yang salah tetap salah.
Bodoh sangat kah kita untuk bersetuju dengan mereka yang menggunakan perkataan “PU**MAK” dalam majlis terbuka, merosakkan majlis dari awal sehingga akhir dan mengugut untuk merogol kerana terlalu marah? Memperjuangkan agama kononnya.
Chetttt… ! Jangan nak menggelembong. Jangan nak kelentong. Aku tau dari mana asal usul mu. Kah Kah kah
Kalau benar 5 orang dari mereka adalah orang PR, hukum mereka cukup cukup. Undang undang bukan untuk bangsa bangsa tertentu sahaja. Bukan kah undang undang tidak memihak pada pangkat, rupa atau asal usul mereka? Nah .. kita kotakan janji. Usir mereka keluar kerana 5 orang ini boleh mencacatkan parti , bangsa dan agama. Kalau ini lah pendekatan semua pihak, orang tak benci pada UMNO lagi.
Mahu sokong walaupun mereka salah? Tak der bezanya PR dan UMNO. Tak ke gitu?
Sendiri mau ingat la.
![]()
0 comments:
Post a Comment