Rakan WARTAMAYA

Thursday, September 10, 2009

Khairy mahu Pemuda BN jaga sensitiviti

[...] ''Kadang-kadang kita terlupa mungkin semasa ingin mempertahankan kepentingan agama dan bangsa sendiri, kita tidak sedar tindakan kita itu membuat bangsa lain terluka hati.

''Membangkitkan isu-isu sensitif yang mungkin boleh buat pihak lain terguris hati perlu dielakkan supaya permuafakatan di antara parti komponen dapat dikekalkan,'' katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Pemuda MIC di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin.

Mengulas lanjut, Khairy berharap sebarang konflik yang timbul di antara sayap Pemuda BN dapat diselesaikan mengikut saluran dalaman.

''Andai terdapat masalah, saya seru atas semangat BN, kita selesaikan secara rundingan supaya maruah parti kita ini sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat,'' jelasnya.

Beliau turut menghargai majlis berbuka puasa anjuran Pemuda MIC itu kerana ia lambang penghormatan kepada UMNO dan ahli-ahli komponen BN lain yang beragama Islam.- + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  September 10, 2009 at 5:34 AM  

Membantah tak salah, tapi guna akal.
Untuk kebenaran atau politik? Kerana kita matang memikirkan satu satu isu menyebabkan ada pihak yang takut. Takut kita tidak lagi boleh dicucuk hidung.
Hari ni sibuk lah bercerita tentang 5 dari 12 orang yang dibawa ke mahkamah kerana membantah pembinaan kuil adalah terdiri dari ahli PR.
MEMBANTAH PEMBINAAN KUIL, bukan lah isunya disini, tetapi KAEDAH MEMBANTAH yang tidak kena pada cara menyebabkankita meluat dengan bangsa dan seagama kita sendiri. Orang kata kita memihak kepada bangsa lain. Ahhh .. aku peduli apa? Yang salah tetap salah.
Bodoh sangat kah kita untuk bersetuju dengan mereka yang menggunakan perkataan “PU**MAK” dalam majlis terbuka, merosakkan majlis dari awal sehingga akhir dan mengugut untuk merogol kerana terlalu marah? Memperjuangkan agama kononnya. Chetttt… ! Jangan nak menggelembong. Jangan nak kelentong. Aku tau dari mana asal usul mu.
Kalau benar 5 orang dari mereka adalah orang PR, hentam mereka cukup cukup. Undang undang bukan untuk bangsa bangsa tertentu sahaja. Bukan kah undang undang tidak memihak pada pangkat, rupa atau asal usul mereka? Nah .. kita kotakan janji. Usir mereka keluar kerana 5 orang ini boleh mencacatkan parti , bangsa dan agama. Kalau ini lah pendekatan semua pihak, orang tak benci pada UMNO lagi.
Mahu sokong walaupun mereka salah? Tak der bezanya PR dan UMNO. Tak ke gitu?
Sendiri mau ingat la.

Blog list