Keselamatan meruncing bukti tindakan bantah KPN berasas

[...] "Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Musa sebagai KPN disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara.
"Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik," kata Idris.
Berikutan kegagalan Musa itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau.
"Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya," tegas Idris.
Walaupun dibantah pelbagai pihak termasuk PAS, perkhidmatan Musa sebagai KPN yang disambung minggu lalu sehingga 12 September tahun depan. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment