Kepala lembu berdarah: Badan antarabangsa pula kecam
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Selepas dipertikai penduduk Seksyen 23 Shah Alam sendiri, perhimpunan mengarak kepala lembu 'berdarah' yang didalangi oleh beberapa pemimpin Umno negeri itu menerima kecaman antarabangsa pula iaitu Yayasan Penganut Hindu Amerika (HAF).
Pengerusinya (bahagian Polisi Awam) Ishani Chowdhury dalam satu kenyataannya mendesak pihak polis segera mengenal pasti dan bertindak ke atas kumpulan yang membuat provokasi perkauman dan agama sempit itu.
Jelasnya, lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu.
Sambil mendakwa tindakan terbabit berunsur ekstrem, perkauman serta menafikan hak minoriti penganut Hindu di Malaysia, beliau mendakwa Malaysia cuba mendiskriminasikan rakyat minoriti. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment