Rakan WARTAMAYA

Monday, September 7, 2009

Kadar sangat tidak berbaloi, sepatutnya RM3,000 seorang

KUALA LUMPUR, 7 Sept:Saban tahun sejak 2003, Felda melalui Dato' Seri Najib Tun Razak menyalur 'duit raya' kepada peneroka sekitar RM350 -RM400. Namun hakikatnya, ia merupakan duit titik peluh peneroka sendiri dan bukannya bonus seperti digembar-gemburkan.

Malah pada kadar harga kelapa sawit sekitar RM420 satu tan, para peneroka boleh memperolehi jumlah antara RM3,000 ke RM5,000 seorang sebagai habuan duit raya di kala keadaan kos keperluan asas dan harga barangan yang meningkat.

Bagi Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak) Mazlan Aliman pengunaan istilah bonus atau duit raya itu juga adalah tidak tepat kerana ianya berasaskan gaji yang diterima oleh seseorang khususnya bagi kakitangan kerajaan ataupun swasta yang bekerja, sebaliknya bagi peneroka ianya merupakan hasil titik peluh mereka mengerjakan ladang kelapa sawit. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  September 7, 2009 at 3:45 PM  

1 Malaysia, rakyat ditipu dahulu dan sekarang, perbodohkan rakyat diutamakan.... itulah UBN

Blog list