Rakan WARTAMAYA

Friday, September 4, 2009

Jangan ambil peduli – Tun Mahathir

ALOR SETAR 3 Sept. – Rakyat dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu ambil peduli tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang di Perak semalam kerana ia hanya taktik mereka untuk meraih sokongan politik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, tindakan mereka mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bukannya sah daripada segi undang-undang.

“Dia nak buat, biar pi dia buat. Buat apa nak ambil peduli. Bukan ada taraf rasmi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli-belah dan meninjau Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan ADUN pakatan pembangkang di Perak yang mengadakan perhimpunan haram di sebuah hotel di Ipoh semalam selepas gagal memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak setelah dihalang polis. - + selanjutnya

He he he ... jangan peduli Mahathir ... he he he
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  September 4, 2009 at 5:57 AM  

taraf rasmi?
ape ke mangkuk punye komen tu..
yg campak speaker dlm stor..tu rasmi cara ke..hahaha
tun tun...sudah2 ler..dh dekat dh..bertaubat ler

Anonymous,  September 4, 2009 at 8:28 AM  

sangat ambil peduli, tu yang FRU ramai sangat tu...., tak lah macam masa kepala lembu, yang tak mengancam UBN...

Blog list