Hak Orang Asli tidak dirampas - Adnan
CAMERON HIGHLANDS 21 Sept. - Kerajaan negeri tidak pernah berhasrat merampas hak masyarakat Orang Asli di negeri ini, sebaliknya akan sentiasa memastikan kaum minoriti itu mendapat pembelaan sewajarnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah berkecil hati apabila terdapat sebahagian masyarakat Orang Asli mengambil tindakan undang-undang kerana mendakwa hak mereka dicabuli.
''Kita (kerajaan) sentiasa bersikap terbuka walaupun disaman oleh masyarakat Orang Asli Bukit Rok dan Bukit Ibam di Bera kerana mendakwa kerajaan menceroboh tanah nenek moyang bagi melaksanakan projek ladang kelapa sawit melalui Felcra," katanya.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment