BN perlu ambil iktibar
LEDANG 22 Sept. - Barisan Nasional (BN) perlu mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dalam meletakkan calon yang sesuai pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, faktor calon memainkan peranan penting dalam pilihan raya tersebut kerana ia menjadi menjadi pertimbangan utama pengundi di kawasan berkenaan.
"Saya percaya akhirnya parti akan pilih calon yang paling sesuai, kita sepatutnya mengambil pengajaran dari pengalaman terdekat ini (Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir)
"Ini kerana calon merupakan juga faktor penting yang diambil kira dan semua pihak akan merujuk tentang kelebihan dan mana-mana kelemahan yang ada dalam calon-calon tertentu dalam kempen," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Sungai Mati, di sini hari ini. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment