Rakan WARTAMAYA

Wednesday, September 16, 2009

Ahli MIC yang digantung minta maaf kepada Dr M

KUALA LUMPUR: Ahli MIC yang digantung keanggotaannya, M Sukumaran, mahu meminta maaf secara peribadi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mencadangkan "kalungan selipar" pada potret mantan Perdana Menteri itu.

"Saya menyesal mengeluarkan perkataan tersebut, saya sangat menyesal. Saya benar-benar berharap Tun Dr Mahathir akan memaafkan saya," katanya apabila dihubungi.

Sukumaran yang juga Timbalan Ketua MIC Paya Besar, Pahang, berkata beliau dengan merendah diri meminta maaf kepada Dr Mahathir dan akan membuat temujanji untuk bertemu dengan tokoh negara itu untuk menyampaikan permohonan maafnya. - + selanjutnya

Huhuhuhu ... hwaaaaaaa !
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list