Angka korban selesema babi terus meningkat
KUALA LUMPUR: Empat lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan di negara ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan virus itu meningkat kepada 13 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian ke-10 membabitkan budak lelaki berumur 12 tahun di Hospital Melaka pada Isnin lalu dan yang ke-11, seorang lelaki berumur 20 tahun di hospital sama pada Ahad lalu.
Dalam kenyataannya semalam, beliau berkata, kes ke-12 pula membabitkan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada jam 2.30 pagi semalam.
Mangsa ke-13 yang juga korban pertama H1N1 di Pahang adalah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada jam 12.40 tengah hari semalam. - BHarian
5 comments:
Bila nak istihar darurat ni pandemic...nak tunggu beratus mati ..baru nak istihar...trend kematian mendadak dan mengejutkan....
dibangi je hospital swasta dan klinik2 tiap2 hari dan malam penuh. anak saya dah dua orang kena demam ILI dari sekolah yang sama disini.
bila lagi kerajaan nak istihar perintah berkurung ni. curfew dua tiga hari mungkin penyebaran virus ni dapat dibendung.
...risau....
masih tak serius sebab tiada menteri BN terkorban kena selsema babi...
1 Malaysia, rakyat didahulukan, biar rakyat mati kena H1N1 dulu...
who is next? my beloved one? or maybe me???
Post a Comment