Rakan WARTAMAYA

Friday, August 7, 2009

3 termasuk Adun Terengganu dibebas

KEMAMAN: Tiga lelaki termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu dibebaskan dengan jaminan, hari ini.

Mereka dibebaskan selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, memerintahkan setiap seorang membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin sehingga tarikh perbicaraan kes itu ditetapkan kelak.

Peguam bela Adun berkenaan, Syed Azimal Syed Abu Bakar, berkata semua yang dibebaskan diminta melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan ditetapkan.

Menurutnya, perintah berkenaan dibuat dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan semalam adalah cuti hujung minggu bagi Terengganu.- + selanjutnya
Share/Bookmark

3 comments:

Tuk Kiyai August 8, 2009 at 10:45 AM  

Mujurlah 3 orang ni selamat selepas disoal siasat SPRM. Tidak seperti nasib Teoh....

Unknown August 8, 2009 at 11:39 AM  

Hmmm,..SPRM telus..waa cakap luu..

tok iskandar August 8, 2009 at 1:18 PM  

Tok sokong penjualan arak diharamkan di kawasan majoriti melayu dan terkawal kerana nampak sangat motif nak jual arak kat orang Melayu beragama Islam.

Cuma kaedah yang digunakan oleh hassan ali kurang bijaksana,tindakan susulan DAP yang mendesak hassan ali dipecat jugak menampakkan satu tindakan kurang cerdik.

dulu dah tok pernah cakap,kalau nak kritik sesama sendiri jangan gunakan media totok umno.ini tidak bila nak cakap tak ingat nak jaga hati dan perasaan masing-masing.mungkin elok setiap kerajaan PR perlu ada setiuasaha atau sekreteriat media yang akan menasihatkan pemimpin PR yang tak reti buat press conference ini boleh bagi komen yang membina.

bila hal macam ni dah berlaku,nampak sangatlah keretakan berlaku dalam PR seperti yang dimainkan oleh media totok umno padahal korang sendiri yang buat.

cerita arak ni,umno x leh lepas tangan pasal mereka yang beri lesen melalui pihak berkuasa tempatan,kerajaan negeri dan kementerian yang berkaitan.siapa yang beri lesen buat kilang arak calsberg kat shah alam.3 orang lembaga pengarah dalam carlsberg adalah melayu kenamaan yang beragama islam.cukup memalukan.apa tindakan umno,mufti-mufti dan JAKIM.

tu x campur kasino di genting highland yang umno juga bersubahat memberikan lesen.

dap pulak jangan terus cuba jadi jagoan bukan islam pasal arak ni kerana PAS tak pernah menghalang bukan islam minum arak cuma tak mahu arak dijual berleluasa di kawasan majoriti islam.itu dap kena paham.

hassan ali,tok harap lain kali tanganilah isu ini dengan bijaksana.benarkah ada persatuan pekerja islam calrsberg.jika benar cuba cari alternatif untuk bantu mereka.

Blog list