10,000 penyokong GMI masih berkumpu di Sogo
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mahsuhkan ISA (GMI) masih berkumpul di sekitar kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga jam 4 petang ini.
Tinjauan Berita Harian Online mendapati, polis masih mengawal keadaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Bagaimanapun, difahamkan kumpulan terbabit tidak akan meneruskan tindakan untuk berarak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sementara di Masjid Negara hanya 100 penyokong GMI berkumpul di sini dengan lebih 50 anggota trafik mengawal keadaan.
Sementara itu sumber Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) berkata, pihaknya merawat dua penyokong perarakan yang terseliuh kaki dan dua lagi luka kerana cuba melarikan diri daripada semburan air dan gas pemedih mata. - Bharian
![]()
1 comments:
pergi membeli belah pula... salah ka??
Post a Comment