Pengerusi GMI di pujuk untuk batal demo
KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengakui beliau didatangi anggota cawangan khas untuk 'memujuk' beliau supaya membatalkan hasrat mengadakan himpunan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini.
Beliau berkata, anggota cawangan khas berkenaan datang menemuinya selepas beliau gagal menghadiri pertemuan yang diaturkan oleh pihak polis.
"Ya, saya telah ditemui oleh anggota cawangan khas, modus operandinya sama... mereka lihat ini adalah satu perhimpunan yang boleh menyebabkan berlakunya huru-hara.
"Jawapan saya ialah ini adalah satu perhimpunan yang termaktub dalam hak kita sebagai rakyat untuk berhimpun secara aman dan kita punyai misi yang jelas iaitu kita mahu elakkan kacau bilau. - + selanjutnya
![]()
0 comments:
Post a Comment