Mahkamah benar penangguhan sementara penyerahan dokumen, barangan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan penangguhan sementara (perintah interim) terhadap keputusan mahkamah pada 16 Julai lalu, yang mengarahkan sebahagian daripada dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, diserahkan kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bermula.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan demikian selepas membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke Jumaat ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan. - bharian
![]()
0 comments:
Post a Comment