Rakan WARTAMAYA

Wednesday, July 29, 2009

A(H1N1): Mangsa ke-4 meninggal dunia


PUTRAJAYA: Seorang wanita rakyat Malaysia berumur 20 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) pagi semalam, menjadikannya mangsa keempat yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) selepas meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi semalam.

"Wanita berkenaan mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai, bagaimanapun beliau hanya pergi mendapatkan rawatan selepas sakit selama 11 hari di Hospital Melaka pada 26 Julai.

"Pemeriksaan dan ujian awal mendapati beliau mengidap jangkitan kuman dalam darah yang dijangkiti daripada paru-paru, beliau kemudiannya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam sidang media di sini hari ini. - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Yong July 29, 2009 at 7:36 PM  

Tadi Yong pegi klinik sebab sejak semalam sakit tekak, batuk dan badan sakit2. Pagi2 Yong minum sesudu madu dan habatussauda. Dr periksa, suhu badan ok. Tekanan darah ok. Takde H1N1. Alhamdulillah. Dr nak bagi antibiotik, Yong tolak.
Apa yang Yong nak komen sini, sebenornya ialah, pihak kementerian hendaklah beri maklumat yang telus pada rakyat. Jangan sampai rakyat panik.
Bagi kekawan amalkan minum madu dan habatussauda. InsyaAllah dapat halang penyakit dari merebak. Syaratnya - rokok tolak tepi ye.

Anonymous,  July 31, 2009 at 7:20 AM  

Banyak dah IPT yang tutup sementara takut penyakit ni merebak tapi semuanya yang tak ramai pelajar asing, yang ramai pelajar asing relek jer... semalam 30/7 pecah kabar angin yang mengatakan dah ada staff yang dah kena H1N1 beserta anak dia yang umur 6 bulan, ada juga pelajar yang telah diberitahu oleh pensyarah tentang penularan H1N1 di sana, tetapi apabila ditanya-tanya pada staff yang lebih mengetahui, apa jawabnya 'eh kan ni RAHSIA'....wow rahsia tu, kenapa nak tunggu dah ada kematian ke? Dan apabila ada pelajar yang mendengar dan bertanya semula kepada staff tu 'bukan ke menghebahkan kepada orang ramai tentang penyakit membawa maut yang telah menular disana supaya orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga lebih terperinci merupakan Fardhu Kifayah?', staff tadi terus terdiam.

Jadi buat anda-anda yang terpaksa berurusan disana samaada staff, pelajar, kontraktor maupun pelawat pakai lah tutup hidung ye! Manalah taukan...sebab disana mereka ada RAHSIA. Hati-hati bila ke UIA Gombak.

Blog list