Rakan WARTAMAYA

Thursday, November 26, 2009

SPRM siasat sepuluh Pegawai Khas Exco


SHAH ALAM: Sepuluh Pegawai Khas dan Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri serta Ahli Undangan Negeri (Adun) di Selangor disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan peruntukan tahunan.

Presiden Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA), Abdul Razak Ismail, berkata jumlah yang disiasat itu tidak termasuk pegawai di pejabat daerah yang terbabit memproses permohonan tuntutan peruntukan.

Beliau berkata, Pegawai Khas dan Pembantu kepada Exco kerajaan negeri serta Adun itu dijadikan kambing hitam oleh SPRM bagi mencari kesalahan dilakukan Exco dan Adun berkenaan.

"SPRM lebih berniat jahat atau 'mala fide' ketika menjalankan tugas. Pegawai Khas dijadikan kambing hitam dalam proses mereka mengambil tindakan terhadap Exco dan Adun di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam. - + selanjutnya
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  November 26, 2009 at 10:05 AM  

SPRM lembu BN kerana PKFZ rasuah depan mata boleh tutup

Anonymous,  November 26, 2009 at 10:40 AM  

SP RM PD RM adalah GANGSTER2 BERLESEN bagi BN Umngok...

Blog list