Rakan WARTAMAYA

Monday, September 7, 2009

Calon bakal cetus polemik dalam Umno Negeri Sembilan

TELUK KEMANG, 7 Sept: Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Datuk Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan negeri(ADUN) Lenggeng. Walau bagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan. - + selanjutnya
Share/Bookmark

1 comments:

Pak Oncu September 7, 2009 at 8:11 PM  

wahai kawan kawan semuo,, tidak di nafi kan ISA SAMAD memang hebat gaya POLITIK nya,,,,,,,,, sey yakin san pocayo jika ISA di calon kan UBN pasti momang bosa jika tak pun tolongkup torus,,,,

Blog list