Rakan WARTAMAYA

Wednesday, November 25, 2009

Muhyidin seorang TPM primitif - Mahfuz


KUALA LUMPUR, 23 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Tengku Razaliegh Hamzah berfikir dahulu menyertai Kaukus khas parlimen berhubung royalti petroleum disifatkan sebagai primitif dan masih megamalkan politik zaman batu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sikap Muhyidin tidak memperlihatkan mahu memperjuang hak dan kepentingan rakyat sebaliknya masih terikat dengan stigma sempit kepartian.

"Muhyidin ini bagi saya seorang TPM primitif yang amalkan politik zaman batu, di mana tidak boleh menerima pandangan orang lain untuk kepentingan rakyat dan negara," jelasnya.

Muhyidin hari ini membuat gesaan kepada Ku Li, iaitu Ahli Parlimen BN Gua Musang supaya berfikir dan menjaga kepentingan parti sebelum menyertai kaukus tajaan pakatan rakyat itu. - + selanjutnya
Share/Bookmark

4 comments:

Warisan,  November 25, 2009 at 11:03 PM  

Salam....

Oh...Bila tak menguntungkan pembangkang dikatakan primitif....

Buat bai'ah tak apa....

Hai Mahfuz.... jaga anak sendiri dululah... rajin2lah melawat anak di PPS.... jangan sibuk hal orang

Warisan

Anonymous,  November 26, 2009 at 10:08 AM  

bukan setakat primitif tapi dah gila kuasa nampaknya, selesai dulu rasuah diri sendiri!

Anonymous,  November 26, 2009 at 10:09 AM  

Bila orang baik masuk UMNO atau dapat pangkat makin jadi tak ketahuan nampaknya.

Anonymous,  November 26, 2009 at 10:57 AM  

memang betul primitif. Kenapa takut ku li jadi pengerusinya. Kan ku li akitek tertubuhnya Petronas, dia lagi faham kehendak dan semangat dalam perjanjian Petronas. Atau takut Ku Li join Pakatan Rakyat?

Blog list