Boleh caya ke?
Tiada Pihak Ketiga Dalam Pengurusan KSSB
Masalah penyelewengan dan kecurian pasir yang hangat dihujahkan dalam Sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini menarik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bersemuka dengan media bagi menjelaskan berhubung isu tersebut.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Ir Ramli Abd Majid berkata, tiada penglibatan pihak ketiga sebagai ejen KSSB di Bestari Jaya.
Beliau turut menegaskan bahawa KSSB tidak bersekongkol atau mendalangi kes kecurian pasir di Selangor.
Menurut Ramli, semua perlantikan kontraktor bagi kerja-kerja perlombongan dan cucigali sungai kelolaan KSSB dijalankan secara tender atau sebut harga terbuka.
Manakala bagi penjualan pasir pula pembeli boleh berurusan terus dengan KSSB tanpa melalui mana-mana pihak atau ajen.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment