MP Bintulu saman presiden Transparency International Malaysia
Ahli parlimen Bintulu yang juga pengerusi Jawatankuasa Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing telah memfailkan saman fitnah terhapda Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berhubung satu laporan mengenai rasuah di Malaysia.
Low, ketika melancarkan Laporan Rasuah Global Transparency International 2009 (GCR 2009) dua bulan lalu, telah membuat kenyataan bahawa skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), telah menjadi isu utama di Malaysia.
Syarikat Tiong - Kuala Dimensi - terbabit dalam skandal PKFZ yang membabitkan berbilion ringgit.
Setiausaha Agung TI-M, CI Ngooi berkata, TI-M telah menerima saman tersebut semalam. - + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment