Kata Polis, Batal Ceramah Anwar Bukan Kerana Desakan Umno
JOHOR BAHARU: Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lepas adalah kerana desakan Umno.
'Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar.
"Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment