Rakan WARTAMAYA

Tuesday, November 24, 2009

Terlalu banyak lesen urut

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang meluluskan banyak lesen rumah urut sehingga pemantauan sukar dilakukan menjadi satu sebab tempat terbabit berani menawarkan urut batin sebagai khidmat tambahan.

Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengguna Islam Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia, Abdul Aziz Ismail, berkata disebabkan percambahan rumah urut, persaingan bertambah sengit menyebabkan pengusaha menawarkan khidmat lain untuk menarik pelanggan.

“Akibatnya ramai pengusaha menarik golongan wanita seperti ibu tunggal menjadi tukang urut dengan menawarkan bayaran lumayan.

“Semuanya bermula dengan pemberian lesen dengan banyak sehingga menyukarkan pemantauan mengakibatkan pengusaha mengambil kesempatan menyediakan khidmat ke arah seks,” katanya yang dihubungi semalam.- + selanjutnya
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list