Kerajaan Selangor Tidak Akan Bayar Ganti Rugi Kenaikan Tarif Air Kepada Syabas
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata kerajaan negeri tidak akan membayar ganti rugi kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan kenaikan tarif air oleh syarikat konsesi itu.
“Kerajaan Negeri ingin menekankan bahawa walaupun terma tersebut termaktub dalam perjanjian konsesi antara kerajaan Selangor dan anak syarikat Puncak Niaga iaitu Syabas, terma ini hanya terpakai jika ada persetujuan daripada kerajaan negeri.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah mempersetujui kenaikan tarif air oleh Syabas dan kami juga tidak akan membayar ganti rugi atas keputusan tidak membenarkan kenaikan tarif air itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment