MB Selangor Arah MPAJ Tulis Surat Kepada JKR
[...] Menurut Khalid, surat berkenaan merupakan surat ketiga yang dihantar kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan kebenaran untuk mendedahkan laporan berkenaan kepada penduduk Bukit Antarabangsa khasnya.
“Setakat ini saya sudah menghantar dua pucuk surat. Selepas surat pertama, saya diminta menulis satu lagi surat supaya perkara berkenaan dibincangkan di peringkat kabinet sebelum diputuskan.
“Jadi petang ini, saya akan minta MPAJ hantar surat permohonan (ketiga) kepada kementerian tersebut seperti yang dinyatakan oleh menteri terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor bahawa MPAJ perlu memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kepada umum.- + selanjutnya
0 comments:
Post a Comment