Rakan WARTAMAYA

Friday, April 8, 2011

Hentikan kezaliman


Kezaliman mesti dibenteras - Ustaz Asri (Bekas Mufti Perlis)


Negara kita dikejutkan dengan kes kematian ‘jatuh bangunan’ Ahmad Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Selangor. Beliau merupakan saksi bagi kes penyelewengan dalam Kastam. Di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan penyelewengan Kastam bernilai 108 billion. Satu jumlah wang rakyat yang begitu banyak. Jika wang itu diperuntukkan untuk subsidi atau pembangunan secara adil, tentu keseluruhan rakyat dapat menikmati.

Peliknya lagi beliau mati kerana jatuh dari bangunan SPRM. Lebih aneh, sebelum ini Beng Hock yang cuba mendedahkan bukti rasuah juga mengalami nasib yang sama. Apakah kerana bangunan itu terlalu licin, atau tiada penghadang? Jika begitu bagaimana ia boleh diluluskan? Atau, ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan spesis ‘pontianak sundal rasuah’.

Peliknya, entah berapa ribu bangunan lain yang puluhan tingkat dalam negara ini, tidak pula sering kita dengar orang tergelincir. Mengapa asyik tergelincir di bangunan SPRM sahaja? Tambahan lagi yang tergelincir itu ada pula kaitan dengan saksi kes-kes penyelewengan dan rasuah yang besar-besar. Apakah ada Mafia atau al Capone yang sedang beroperasi dalam negara kita? Persoalan-persoalan ini memeningkan rakyat. Maka bisikan timbul di sana-sini. ketidakpuasan hati kedengaran secara terang dan nyata. Di kedai kopi ataupun di facebook. Bak kata Hajjaj yang zalim:

“Fitnah (kekacauan) itu dicetuskan dengan bisikan, ia dihasilkan dengan aduan” (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201)[ lagi ]

Share/Bookmark

1 comments:

TESLAMARIN April 9, 2011 at 10:09 AM  

pasai apa pemberi rasuah yang selalu terlepas.kenapa penerima saja yang menerima hukuman. kalau tiada pemberi tiadalah penerima.

Blog list