Rakan WARTAMAYA

Thursday, June 24, 2010

Laporan Rasuah Terhadap Taib Mahmud Ditarik Balik


Tiga pengadu itu ,Ahmad Nazib Johari , James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa, selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

" Dalam laporan itu, terdapat tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak, jadi kami ingin SPRM menjalankan siasatan berhubung empayar yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Kanada" ujar James.

" Selepas membuat laporan kami meminta salinan berkenaan, namun SPRM menolak untuk memberikan salinan laporan itu, jadi kami mengambil keputusan untuk menarik balik" tambahnya lagi.

Menurut peguam mereka, Ahmad Nazib Johari, mereka menuntut agar salinan laporan diberikan namum SPRM gagal menunjukkan mana-mana peruntukan yang menyatakan perkara tersebut.[ lagi ]

Perghhh .. powerr ..... wakakak !!!
Share/Bookmark

1 comments:

Anonymous,  June 25, 2010 at 7:41 AM  

Rakyat tidak tahu menahu tentang empayar Taib Mahmud ni...So, tolong paparkan melalui blog supaya semua boleh tahu...

Blog list