Rakan WARTAMAYA

Saturday, March 6, 2010

Kotak ikan: Teliti fakta sebelum lapor SPRM


KLANG 5 Mac - Pemuda Gerakan dinasihatkan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembekalan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) yang dikatakan dimonopoli oleh sebuah syarikat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, isu itu tidak wajar dipolitikkan oleh parti itu kerana masalah berhubung penggunaannya yang menjadi isu sebelum ini juga sudah selesai.

Jelasnya, isu monopoli mungkin merujuk kepada KF Marketing Sdn. Bhd. (KFMSB) tetapi sebenarnya ia tidak melibatkan kepentingan individu kerana sahamnya dimiliki oleh persatuan nelayan dan konsortium pasar borong.[ lagi ]

"Tok saya ada cadangan .. ", kata Leman.
"Amende la lagi nko ni leman ...", balas Tok Moh.
"Tok saya nak buat keranda plastik, ada cip dan tahan lama", kata Leman.
"Kalau ada saudara arwah yang nak cari keranda sedaranya, kita leh scan dari atas bumi. Tak payah nak korek korek. PAstu maklumat keranda tu terus sambung kat internet. Kalau ada sedara yang nak cari sedara yang dah ninggal, dia cuma perlu masuk internet dan GPS terus cari keranda arwahnya.", sambung Leman lagi.
"Macam macam la nko ni he he he.. ", rungut Tok Moh.
Share/Bookmark

2 comments:

Anonymous,  March 6, 2010 at 8:36 AM  

wang juga masuk cip, boleh kesan rasuah UMNO

Anonymous,  March 6, 2010 at 9:03 AM  

sebagai menteri yg bertanggungjawab mesti fikir akan kenaikan kos yg meningkat jika hendah melakukan sesuatu yg baru kerana kesannya rakyat yang akan menanggung.jika berlaku kenaikan kos maka ianya hendklah diketepikan.tidak guna menolong syarikat jadi kaya diatas kesengsaraan rakyat?

Blog list