Rakan WARTAMAYA

Tuesday, March 16, 2010

Hishammuddin nafi Ketua Pengarang China Press diarah letak jawatan


KUALA LUMPUR- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan Ketua Pengarang China Press diarah meletak jawatan ekoran laporan peletakan jawatan Ketua Polis Negara, kurang dua jam selepas dakwaan itu dibuat pembangkang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dakwaan pembangkang itu tidak berasas kerana beliau belum menerima surat penjelasan daripada akhbar berkenaan.

"Ini tuduhan yang melulu semata-mata untuk ambil kesempatan untuk mensensasikan suatu perkara yang berjalan seperti biasa. Apa yang kita lakukan untuk minta China Press beri penjelasan, tiada beza dengan apa dilakukan kepada The Star dan Al-Islam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. [ lagi ]
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list