Rakan WARTAMAYA

Tuesday, December 22, 2009

Tidak akan tutup penyelewengan


PUTRAJAYA 21 Dis. - Kerajaan tidak pernah melindungi mana-mana pihak atau cuba menutup sebarang bentuk penyelewengan dalam kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan serta-merta termasuk membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari kehilangan komponen pesawat berkenaan.

"Kementerian Pertahanan dan TUDM tiada hasrat langsung untuk menyembunyikan kes ini, malah kita terus menyerahkan perkara ini kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya.

"Ketika itu saya merupakan menteri yang bertanggungjawab (Menteri Pertahanan) dan saya sendiri membuat keputusan bahawa kita sepatutnya melaporkan kepada polis," katanya. [ lagi ]

Ada mata dengar, ada telinga tengok. Ehhh .. silap la plak ... he he he
Share/Bookmark

0 comments:

Blog list