Ku Li sedia beri penjelasan isu royalti
GUA MUSANG- Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersedia memberi penjelasan berhubung isu tuntutan royalti minyak daripada kerajaan negeri Kelantan demi faedah rakyat Kelantan.
Beliau berkata penjelasan itu akan dibuat pada perhimpunan raksasa anjuran 51 badan bukan kerajaan (NGO) di Kota Baharu dalam masa terdekat bagi seluruh rakyat Kelantan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perkara itu.
"Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih lanjut dan tunggulah masanya nanti kerana saya dijemput hadir pada perhimpunan berkenaan," katanya semasa berucap pada perjumpaan dengan penduduk Kampung Mercu Jaya, dekat sini, hari ini.
Tengku Razaleigh berkata, badan NGO itu sudah berbincang dengannya dan beliau telah memberi persetujuan untuk hadir pada perhimpunan terbesar rakyat Kelantan dan tarikhnya akan ditetapkan nanti. [ lagi ]
1 comments:
semua rakyat dah tahu BN dan UMNO sapu duit petronas
Post a Comment