Gejala YB tidak sedar diri mencemaskan
Tidak sedar diri. Kata-kata itu sudah tentu teramat kasar, apa lagi jika dituju kepada sekumpulan orang bergelar Yang Berhormat. Tetapi untuk menyedarkan orang yang tidak sedar diri, kadang kala kita perlu berkasar.
Berkasar bukan semestinya membenci. Contoh tipikal ialah merotan anak, bukan kerana mahu mendera tetapi untuk menyedarkan diri mereka akan tanggungjawab.
Kerana itu, izinkan untuk saya terus melabel mereka yang telah meletak kerajaan dalam keadaan yang sangat getir lagi meruncing pada 15 Disember lalu sebagai tidak sedar diri. Implikasi ketidakhadiran mereka pada sesi Sidang Dewan Rakyat hari itu yang membuat keputusan usul Bajet 2010 dibentang Perdana Menteri, menyebabkan Kerajaan BN nyaris tumbang. [ lagi ]
0 comments:
Post a Comment