Perjuangan antara hidup dan mati
Bunyi siren kecemasan semakin kuat kedengaran.
Kawasan lokasi penyimpanan pesawat tentera menjadi semakin kelam kabut. Anggota tentera berlari tak tentu haluan. Ada pilot pesawat yang sedang memakai pakaian sambil berlari-lari anak. Ada jurutera yang sedang menyiapkan pesawat untuk diterbangkan oleh pilot dan Leftenan Moh sedang menanti anggota pilotnya untuk mendengar arahan terakhir sebelum berlepas.
"Dengar sini semua ! Negara kita sedang di serang dari Utara dan Selatan. Saya mahu 5 pesawat terbang ke arah utara dan 5 lagi ke arah selatan. Ini misi antara hidup dan mati. Biar kita gugur ke bumi, berjihad dengan penuh semangat. Peperangan ini adalah untuk keluarga, sanak saudara dan teman teman serta tanah air tercinta. Dengar semua?!!! ".
"DENGAR TUAN !!!", sambut 10 pilot yang berdiri tegak sambil tangan memegang topi keselamatan masing masing.
"Baik .. ! Saya mahu pesawat 342 dan 234 berlepas dulu dan pesawat Kapten Leman yang terakhir berlepas. Kapten Leman akan pastikan semua pesawat berlepas dengan sempurna. Dengar semua? !!! ", tegas Leftenan Moh memberikan arahan. Matanya kelihatan merah berair mengenangkan betapa anak anak buahnya itu kemungkinan tidak akan pulang lagi.
"Baik Tuan !!!", jawab mereka dengan penuh semangat. Masing masing memberikan tabik hormat kepada Leftenan Moh dan berundur ke pesawat masing-masing.
Pesawat pertama selamat berlepas diikuti pesawat kedua dan seterusnya. Namun pesawat terakhir kelihatan ada masalah.
Dari menara kawalan, Leftenan Moh bersuara, "Kenapa kapten !"
"Engine pesawat saya hilang Tuan !!!", kata Kapten Leman.
(Drama bersiri di atas telah di alih bahasakan ke Bahasa malaysia oleh Jasni Abdul Karim)
1 comments:
Proot pot pot proot proooot.... ingat bunyik enjin pesawat ruper nye kentut pilot muakakakakaak
Post a Comment