Rakan WARTAMAYA

Wednesday, December 16, 2009

Ahli Parlimen PR sedang mencipta alasan

Tidak hadir: Mahfuz, Che Rosli beri penjelasan
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan.

Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.

Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.

"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu...saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.[ lagi ]

Urusan mana yang penting? Peribadi atau rakyat? Masa berkempen dulu cerita tentang nak bantu rakyat. Bila dah jadi YB, sibuk hal peribadi. Macam dah tak boleh nak tangguh-tangguh.
Share/Bookmark

3 comments:

Anonymous,  December 16, 2009 at 9:46 PM  

Janji Manis MU- kata Penyanyi Aishah..

semua MP dan YB semua nya sama aje..belum pilihan raya...janji sana sini..nak tolong sana sini..nak bagi projek sana sini...semua nya nak bagai sana sini9...

bila dah menang..untuk hadir ka Parlimen pun susah..

batang hidung pun tak nampak di kawasan masing masing...

YB/MP pergi melancong (melencong)...ka
Bandung la..ka Bali la..ka Amerika..ka Sudan la..

elok lah MP/YB melancong ka NERAKA... dah tentu rakyat puas hati..

Anonymous,  December 17, 2009 at 7:35 AM  

nak kata apa, jangan marah la bila nanti orang kata sama aja depa ni! Belum ada kedudukan boleh cakap itu ini, bela rakyat lah, hapuskan rasuah lah, tegakkan keadilan lah,tapi la ni benda penting macam ni pun tak boleh hadir, apa nak kata, tepuk dada tanya diri sendiri, lepas ni kalau kalah pilihanraya jgn dok kata rakyat tak beri peluang!!!


hammer

special task force December 17, 2009 at 11:02 AM  

jangan cakap macam tu, bila mai kena hang hang urusan peribadi tak boleh tangguh macam mana. tak pa la bagi dia chance kali ni kalau 2 , 3 kali tu bukan urusan peribadi, ni apa selalul pi jakarta. ada papa-apa ka mahfuz oi.

Blog list